Tuesday 10 January 2012

PIAGAM PELANGGAN

  • Pengguna diberikan perkhidmatan bilik  yang selesa, ceria dan bermaklumat.
  • Pengguna dapat dibekalkan maklumat dan penguasaan ilmu yang baru.
  • Pengguna dibekalkan dengan kelengkapan bilik yang memuaskan 

KONSEP


Ceria  dan bermaklumat  dengan dilengkapi ABM yang bersesuaian tahap murid.

VISI DAN MISI


Visi
Tempat atau bilik yang dapat memberi keselesaan bagi menunaikan Solat dengan sempurna ,dapat membaca alQuran dan mengamalkan dalam kehidupan,serta mencintai jawi dan bahasa Arab serta  sedaya untuk mempelajarinya.


Misi
Meningkatkan perkhidmatan bilik yang berkualiti,kondusif dan menjadikan murid minat belajar jawi,Quran ,solat .

OBJEKTIF



  1. Bilik jQAF ini ditubuhkan selari dengan hasrat KPM untuk menjayakan program khatam alQuran ,jawi dan fardu ain
  2. Memudahkan para guru khususnya GPI dan guru jQAF melaksanakan aktiviti pemulihan jawi, solat bestari dan tasmik ( memperdengarkan bacaan ) Iqra atau alQuran.
  3. Memberi kemudahan kepada semua murid dan guru melaksanakan apa-apa latihan untuk pertandingan seper ti  latihan tilawah dan hafazan ,bercerita,nasyid dan dikir barat.
  4. Memberi kemudahan kepada guru dan murid melaksanakan Solat Dhuha atau Hajat serta bacaan Yasin (jika perlu )


SEJARAH


Tahun 2006,SK Kg Dato’ Ibrahim Majid telah menerima 3 orang guru  jQAF untuk program jawi,khatam alQuran dan bahasa Arab.Guru tersebut ialah :-

  • Ustaz Md Imran ( Jawi dan alQuran )
  • Ustazah Faezah (Jawi dan alQuran)dan 
  • Ustazah Maznida (Bahasa Arab ).

Bermula tahun 2006,program jQAF dilaksanakan di sekolah ini.Bagi menjayakan program ini , pihak sekolah telah menyediakan satu bilik ( surau lama) untuk dijadikan bilik jQAF.Sepanjang 2006 hingga pertengahan 2009,aktiviti pemulihan jawi,tasmik iqra’ dan solat bestari dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Namun bermula pertengahan 2009 hingga pertengahan 2010,segala aktiviti terpaksa dilaksanakan di kelas masing-masing kerana bilik jQAF tersebut dijadikan stor (simpan meja /kerusi ) untuk bangunan baru.Alhamdulillah pada jun 2010,kami telah berpindah ke bangunan baru dan mendapat bilik yang cantik,luas dan selesa.Sepanjang  julai ,ogos hingga oktober 2010 kami GPI dan guru jQAF serta kakitangan bergotong royong menceriakan bilik jQAF.

PENGENALAN


Program jQAF adalah antara usaha memperkasa Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam.Program jQAF ini dibina berasaskan idea Y.A.B Perdana Menteri Malaysia yang berhasrat melahirkan murid-murid di sekolah rendah yang khatam al-Quran .Beliau juga menyarankan Bahasa Arab diwajibkan ,asas-asas fardu ain dihayati dan jawi diperkukuhkan bermula di sekolah .

Sesungguhnya pelajaran khatam al-Quran dalam program jQAF ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya disekolah-sekolah rendah mulai tahun 2005 secara berperingkat-peringkat sehingga terlaksana sepenuhnya pada tahun 2010.

Pelbagai pengisian telah berjaya dijalankan bagi memastikan program ini mencapai objektif yang digarapkan .Antara pengisian yang wajib dilaksanakan oleh mana-mana sekolah yang terlibat dengan jQAF ialah mewujudkan satu bilik Khas iaitu Bilik jQAF.Dari tahun 2005 sehingga hari ini tahun 2010,kerajaan telah menyediakan peruntukan khas iaitu AlQuran,Iqra’ ,ABM Jawi,dan poster-poster Solat Bestari kepada sekolah untuk memastikan kewujudan Bilik jQAF ini  dan digunakan dengan sepenuhnya.

Aluan Penyelaras


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah , setinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayah dan Izin-NYA, saya dengan kerjasama AJK  jQAF  telah dapat menyiapkan blog ini bagi melunaskan tanggungjawab sebagai Penyelaras Bilik jQAF.Dikesempatan ini ,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Rogayah Binti Abdullah di atas segala tunjuk ajar, nasihat dan teguran membina kepada saya sebagai guru yang baru menimba pengalaman sebagai pendidik.
Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu menyiapkan blog ini terutama guru-guru jQAF dan GPI  serta tidak lupa buat kakitangan yang sentiasa menghulurkan kerjasama . Sesungguhnya ini adalah untuk pertama kalinya saya menyiapkan buku Folio Bilik jQAf ini.Segala kesalahan dan kelemahan akan saya baiki dari semasa ke semasa.
Sebagai akhirnya,segala sumbangan idea dan kerjasama rakan-rakan serta kakitangan sekolah ini , amat dihargai dan semoga diberkati Allah dunia dan akhirat.
Terima kasih .


(MAZNIDA BINTI MAT DAUD)
Penyelaras
Bilik jQAF
SK.Kg Dato’ Ibrahim Majid
86200 Simpang Renggam Johor

Saturday 7 January 2012

ALUAN GURU BESAR


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-NYA  jQAF di bawah Panitia Agama Islam  SK Kg.Dato’ Ibrahim Majid dapat menerbitkan Blog Bilik jQAF ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Maznida Binti Mat Daud kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam blog Bilik jQAF ini.
Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Puan Maznida Mat Daud selaku penyelaras Bilik jQAF  kerana berjaya menyiapkan blog Bilik jQAF dengan jayanya.Saya yakin kejayaan ini adalah hasil usaha dan kerjasama semua jawatankuasa yang terlibat. Sikap positif seperti ini adalah wajar diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Guru adalah pengamal dan pelaksana sistem pendidikan yang kemas kini dan selari dengan keperluan pembangunan negara. Keunggulan seorang guru yang sekaligus sebagai pendidik dan pemimpin,bukan sahaja dilihat daripada keaktifan , mendidik dan membimbing,malah peranan guru merangkumi semua aspek pendidikan .
Akhir kalam,saya selaku Guru Besar yang mengemudi pucuk pimpinan SK.Kg Dato’ Ibrahim Majid ,menyeru kepada semua guru supaya dapat melatihkan diri dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek sebagai persediaan untuk memenuhi tanggungjawab yang semakin mencabar dengan penuh dedikasi dan komited.

Terima kasih.


ROGAYAH BINTI  ABDULLAH
Guru Besar,
SK.Kg.Dato’ Ibrahim Majid
86200 Simpang Renggam Johor

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting